7.0 KESIMPULAN
Jamak dan qasar merupakan satu
keringanan (rukhsah) yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya untuk
memudahkan seseorang daripada kesulitan dan kesusahan yang dialami ketika
bermusafir.Hal Ini dapat membuktikan rahmat
dan kasih sayang Allah pada kita semua agar tiada alasan dari mendirikan solat
yang telah disyariatkan kepada kita.Selain
itu ia juga merupakan satu anugerah dan lambang bahawa Islam itu tidak pernah
memberatkan umatnya, sebaliknya Islam itu agama yang mudah.
Firman Allah di dalam surah Al -
Baqarah ayat 185 :
ۗيُرِيْدُ
اللّٰهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Yang bermaksud : Allah mengkehendaki
bagi kamu kemudahan dan dia tidak mengkehendaki untuk kamu kesulitan.
Terdapat beberapa pendapat ulama yang
perlu diteliti dalam menentukan kadar jarak musafir yang diharuskan qasar.
Pandangan yang berbeza di antara ulama ini bukanlah satu pergaduhan, akan
tetapi ianya adalah pendapat ulama berdasarkan kebijaksanaan dan kemantapan
ilmu mereka melalui pemahaman yang begitu mendalam berdasarkan dalil Al-Quran
dan hadis.
Seseorang musafir itu perlulah melengkapi syarat-syarat jamak dan
qasar selain daripada jarak perjalanan. Oleh itu, ntara salah satu syarat qasar
solat adalah perjalanan itu tidaklah bertujuan untuk melakukan maksiat. Jika
kita bertujuan pergi musafir untuk bermaksiat, maka tidak dibolehkan kerana
keringanan syarak tidak diberi kepada maksiat dan jika seseorang itu berniat
untuk pergi melakukan maksiat, maka tidak dibolehkan jamak qasar kerana jamak
qasar kerana ianya sebahagian daripada keringanan agama. Maka gugurlah hukum rukhsah
solat jamak dan qasar dan wajiblah kepada seseorang itu menunaikan dengan hukum
asal tanpa jamak dan qasar. Tetapi jika tidak bertujuan untuk melakukan
maksiat, sampai disana berlakunya maksiat, maka dibolehkan untuk jamak qasar.
Antara
hikmah disyariatkan solat qasar dan jamak adalah menjadi tanda kasih sayang
Allah terhadap umat Nabi Muhammad SAW agar hambanya dapat melakukan ibadah
solat tanpa adanya alasan untuk meninggalkannya. Selain itu, ianya secara tidak
langsung dapat memberi keringanan kepapa umat Islam untuk menunaikan solat
fardu ketika bermusafir. Seterusnya, menggalakkan Umat Islam bermusafir dan
berjalan di muka bumi Allah. Dengan berhijrah ke tempat lain, seseorang itu
berupaya dalam membangunkan jati diri dengan pengalaman dan situasi baru serta
dapat membina kehidupan yang lebih baik.
Di sini perlu diingatkan dan
dititikberatkan bahawa, beramallah sesuatu perkara itu dengan ilmu pengetahuan
dan adanya fakta yang sahih dan bukanlah sekadar ikutan bahkan sengaja mencari
jalan atu pendapat yang lebih mudah dan ringan sehingga menjadikannya
bersenang-senang dalam melaksanakan ibadah. Perkara
sebegini amatlah dicela oleh para ulama salaf dan khalaf, bahkan ulama
bersepakat bahawa diharamkan di sudut syarak apabila seseorang itu memilih-milih
pendapat untuk kemudahan mahupun mengikut hawa nafsu.
Para Ulama salaf dan Khalaf amat bertegas dengan amalan memilih
pendapat yang mudah. Daripada seorang ulama tabiin iaitu Imam Sulaiman al-Taimi
:
ان
اخذت برخصة كل عالم اجتمع فيك الشر كله
Yang bermaksud: “Jika kamu mengambil rukhsah dari setiap orang
alim, maka segala kejahatan telah terkumpul di dalam diri kamu”.
Akhirnya, dakwaan bahawa Islam agama yang sangat menyusahkan, rumit
dan tidak fleksibel adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Agama Islam
mempunyai toleransi yang sangat tinggi terhadap umatnya. Oleh yang demikian,
tidak dapat disangkal lagi bahawa agama Islam adalah agama yang melambangkan
kesempurnaan dalam setiap keadaan dan situasi manusia.
No comments:
Post a Comment