2.0 SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK
2.1 SYARAT-SYARAT
SOLAT JAMAK TAQDIM
Terdapat
beberapa syarat yang harus dipatuhi sebelum melakukan solat jamak, sama ada
jamak taqdim mahupun jamak takhir. Bagi syarat solat jamak taqdim yang pertama adalah
tertib. Maksud tertib disini adalah menunaikan solat yang dalam waktunya
terdahulu, seperti menunaikan solat Zuhur sebelum Asar dan solat Maghrib
sebelum Isyak. Selain itu, niat jamak mestilah pada solat yang pertama iaitu
solat Zuhur atau solat Maghrib. Niat untuk solat jamak boleh dilakukan
selewat-lewatnya sebelum memberi salam, tetapi lebih afdal jika melakukannya
ketika takbiratulihram. Contohnya seperti ketika takbiratulihram solat Zuhur, mestilah
berniat untuk menghimpunkan solat Asar dengan solat Zuhur. Syarat yang terakhir
bagi jamak taqdim adalah melakukan kedua-dua solat secara berturut-turut. Solat
kedua iaitu Asar dan Isyak hendaklah dilakukan selepas solat yang pertama,
Zuhur atau Maghrib. Ianya tidak boleh dipisahkan dengan tempoh yang panjang
seperti melakukan pekerjaan atau perbuatan lain yang boleh memakan masa selama
dua rakaat solat. Sekiranya diselangi dengan mengambil wuduk, tayamum atau
iqamat, maka jamaknya tidak terbatal.
No comments:
Post a Comment