1.0 PENGERTIAN SOLAT JAMAK
Perkataan jamak dari
segi bahasa ialah himpun atau gabung manakala yang dimaksudkan dengan solat
jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan waktu-waktu
tertentu. Sementara itu, dari segi syarak ialah menggabungkan dua solat kepada
sebahagiannya dalam waktu tunai, ini bermaksud membolehkan gabungan antara
zohor dan asar secara taqdim dan takhir, dan begitu juga antara maghrib dan isyak,
maka tidak sah menggabungkan subuh bersama apa (solat) sebelumnya atau
selepasnya, sepertimana tidak menggabungkan antara asar dan Maghrib. Contohnya
menghimpunkan solat maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib dan zohor
kepada asar atau asar kepada zohor. Selain itu, solat jamak ini terbahagi
kepada dua iaitu jamak taqdim dan juga jamak takhir.
Seterusnya, yang dimaksudkan oleh
jamak taqdim ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama iaitu
zohor dan maghrib. Contoh yang dapat dilihat ialah solat zohor dijamakkan
dengan solat asar ketika waktu solat zohor ataupun solat maghrib yang
dijamakkan dengan solat isyak ketika waktu solat isyak. Sementara itu, jamak
takhir bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua iaitu asar
dan isyak. Contohnya, menjamakkan solat zuhur dan asar pada waktu solat asar
atau menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu solat isyak.
1.1 DALIL PENSYARIATAN
SOLAT JAMAK
Antara dalil-dalil
pensyariatan solat jamak ialah:
Dalil solat jamak
ketika bermusafir, daripada Ibn Abbas ra, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْمَعُ بَيْنَ صَلاَةِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ
إِذَا كَانَ عَلَى ظَهْرِ سَيْرٍ، وَيَجْمَعُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ
Maksudnya, “Rasulullah
SAW menjamakkan solat zohor dengan asar ketika perjalanan (yakni bermusafir)
dan menjamakkan solat maghrib dengan isyak.” { Hadis Riwayat Bukhari }
أَنَّ النَّبِي صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمَعَ بَيْنَ الصَّلاَةِ فِى سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا
فِى غَزْوَةِ تَبُوكَ فَجَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ
وَالْعِشَاءِ قَالَ سَعِيدٌ بِنْ جُبَيْرٍ فَقُلْتُ لاِبْنِ عَبَّاسٍ: مَا
حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
Maksudnya, “Nabi SAW
menjamakkan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk.
Baginda menjamakkan solat zohor dengan solat asar dan solat maghrib dengan
isyak. Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Apakah yang mendorong
Baginda berbuat begitu? Jawabnya: Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.” {
Hadis Riwayat Muslim }
Dalil bagi jamak
taqdim ialah, riwayat dari anas bahawa:
كان رسول الله صلى الله
عليه وسلم إذا رحل قبل أن تزيغ- تميل ظهرا- الشمس، أخر الظهر إلى وقت العصر، ثم
نزل يجمع بينهما، فإن زاغت قبل أن يرتحل صلى الظهر، ثم ركب.
Maksudnya:
“Sesungguhnya apabila Nabi SAW bermusafir sebelum gelincir matahari, baginda
akan mengakhirkan waktu zohor sehinggalah waktu asar, kemudian baginda singgah
di suatu tempat dan menunaikan solat jamak kedua-dua solat. Apabila baginda
berangkat sebelum gelincir matahari, Nabi akan solat zohor dan kemudian
berangkat.” { Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim }
Dalil bagi jamak
tarkhir. Dari Muaz bin Jabal ra:
أن النبي صلى الله عليه
وسلم كان في غزوة تبوك إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب
Maksudnya, “Bahawa
Nabi SAW ketika peperangan Tabuk, apabila bergerak selepas maghrib disegerakan
solat isyak, maka dilakukan solat isyak dengn maghrib.” { Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi }
No comments:
Post a Comment