PENGENALAN
Allah SWT telah
menjadikan agama Islam sebagai agama yang menyeluruh dengan merangkumi segala
aspek dalam kehidupan, termasuklah dengan memberi kemudahan kepada
hamba-hambanya dalam menunaikan sesuatu ibadah walau apa jua keadaan dan
situasi. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pemberian
rukhsah ( kemudahan ) oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang sedang dalam
musafir untuk mengqasar dan menjamakkan solat untuk kemudahan manusia supaya
solat menjadi suatu yang tidak membebankan memandangkan solat merupakan sesuatu
perkara penting yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.
Selain itu, solat jamak ini juga
merupakan kelonggaran bagi orang yang bermusafir dengan menghimpunkan atau
mengumpulkan dua solat di dalam satu waktu dan solat jamak itu hanya
dikhususkan untuk orang yang bermusafir sahaja. Tambahan pula, seorang musafir
itu hendaklah memenuhi syarat-syarat yang mengharuskan ke atasnya untuk solat
jamak juga perlu untuk solat qasar. Jelaslah bahawa agama Islam tidak
menyusahkan penganutnya, tiada alasan yang perlu dikatakan untuk tidak
melaksanakan perintah Allah SWT dengan segala kemudahan yang telah diberikan
untuk hamba-hambaNya.
Antara perihal-perihal yang akan
dinyatakan di dalam kajian ini termasuklah pengertian solat jamak, jamak taqdim
dan juga jamak takhir. Seterusnya, dalil-dalil pensyariatan solat jamak bagi
mengukuhkan lagi hujah-hujah yang terdapat dalam kajian ini. Selain itu,
syarat-syarat solat jamak taqdim, jamak takhir dan syarat perjalan yang
membolehkan solat jamak dan qasar agar lebih jelas dalam melaksanakan solat
jamak. Tambahan pula, pengertian, dalil pensyariatan serta syarat-syarat bagi
mengqasarkan solat juga dijelaskan dengan lebih terperinci. Seterusnya, niat
dan panduan bagi jamak dan qasar. Sementara itu, tentang bagaimana perkiraan
sebagai musafir, solat jamak yang dibenarkan selain musafir dan masalah-masalah
yang berkaitan solat jamak dan qasar.
No comments:
Post a Comment