2.2 SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TAKHIR
2.3 SYARAT-SYARAT
MUSAFIR YANG MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
Terdapat
tiga syarat sah solat jamak dan qasar. Syarat yang pertama adalah dari segi
jarak. Jarak perjalanan untuk ke destinasi yang dituju hendaklah melebihi dua
marhalah iaitu anggaran sejauh 81 km, jika jarak perjalanan kurang daripada dua
marhalah, maka tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar. Seseorang itu juga
hendaklah tidak berniat menetap selama empat hari di destinasi yang dituju
selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar. Apabila berniat untuk
menetap selama empat hari atau lebih, maka jadilah tempat yang dituju itu
seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu, dia tidak
harus bersolat qasar lagi di situ dan haknya untuk bersolat qasar kekal semasa
dalam perjalanan sahaja. Seterusnya, perjalanan hendaklah mempunyai destinasi
tertentu, tidak boleh solat jamak dan qasar jika bermusafir tanpa arah tujuan.
Begitu juga dengan orang yang mengikut ketuanya tanpa mengetahui ke mana hendak
dibawanya. Tujuan musafir juga adalah syarat untuk solat jamak dan qasar. Perjalanan
tersebut mestilah tidak bertujuan maksiat kerana jamak dan qasar merupakan
rukhsah yang disyariatkan syarak dan ia tidak boleh berkait dengan sebarang
maksiat. Justeru itu, tidak diambil kira perjalanan musafir untuk berniaga
arak, mengamalkan riba’ atau menyamun.
No comments:
Post a Comment